Friday, 3 September 2010

Selamat Bercuti & Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum..

Dikesempatan ini sy mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bercuti & Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini especially kepada pelajar-pelajar saya (KOD ECM206&ECG315 dan mantee).
Sepanjang tempoh bercuti ni, jagalah diri baik-baik.. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya dan Lebaran tahun ini disambut dengan lebih meriah dan bermakna.. Semoga bergembira berhari raya disamping keluarga dan sahabat handai.
Kalo ade kuih-kuih raya lebih dan nak berikan kepada saya, sgt2 dialu2kn.. hahaha (gurau je)..

Ampun dan maaf andainya saya ini…
Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala..
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita,
Teremail benda yang tak sepatutnya kau terima
Termacam-macam yang kena-mengena.. ,,
Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana aku masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin